**Artikel ini asalnya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di WapCar Community, platform perkongsian pendapat dikalangan pembaca. Klik pautan di bawah untuk sertai komuniti peminat kereta di Malaysia
https://forum.wapcar.my/
Info asas tentang kereta saya:
Perodua Kelisa 1.0 EZi 2003
Sebab saya membeli kereta ini:
Ketika itu, saya mencari sebuah kereta kecil dan ia haruslah jenis automatik. Saya sukakan kereta bersaiz kecil kerana ia jimat dan mudah. Saya terpaksa menghadap kesesakan trafik setiap hari. Apabila saya membeli kereta ini, saya bekerja sendiri tapi kini saya sudah bekerja dengan sebuah syarikat dan membuat jualan. Kereta ini adalah bonus bagi saya.
Proses pemilihan kereta
-
Saya ada bajet dalam RM 6,000 tunai atau kurang dari RM 20k pinjaman
-
Model-model yang saya turut pertimbangkan termasuklah Kancil automatik terutamanya 850 EZi, Kenari, dan Kelisa.
Sebab saya memilih Perodua Kelisa 1.0 EZi:
Saya cuba untuk mencari Kancil, tapi saya tak jumpa unit yang elok dengan harga ini. Saya temui Kenari, tapi manual pula. Saya buat pandu-uji, tapi pada hari yang saya sepatutnya bayar downpayment, ia baru saja dijual. Oleh itu, tinggallah pilihan Kelisa ini saja. Mereka jual agak mahal iaitu RM 18k, tapi memandangkan saya tiada pilihan lain, saya pun mengambil pinjaman kredit dari mereka tanpa sebarang dokumen sokongan. Saya masih bekerja sendiri pada masa itu.
Pengalaman pengguna
-
Saya sudah melengkapkan perjalanan 17,000 km dengan kereta ini.
-
Purata penggunaan minyak saya ialah 13 km/liter.
Memandangkan saya tukar macam-macam dalam kereta ini, ia terasa jauh lebih baik sekarang dan tak pernah buat hal sejak saya memilikinya. Saya juga menggantikan baterinya dengan yang baru. Maklumlah, kereta awal 2000-an. Kelengkapan keselamatan memang tiada dan satu-satunya kelengkapan saya ada ialah pemain CD. Tapi, semua itu tak penting. Kereta ini seronok untuk dipandu. Rev sehingga melangkaui 3,000 RPM dan enjinnya mengaum merdu. Jujurnya, lebih bagus daripada Viva ibu saya. Bagi perjalanan lebih jauh, saya ada Persona yang jauh lebih selesa namun meletihkan di bandar (manual). Kelisa jika dipandu pada kelajuan tinggi terasa kurang selesa terutama sekali bunyi angin yang teruk. Saya sudah menukarkan kedua-dua weatherstrip depan dengan barang original yang cukup mahal. Maka, untuk di belakang saya beli rubber strip universal saja di Shopee dan ia berfungsi baik walaupun murah.
Kelebihan dan kekurangan
Kelebihan Perodua Kelisa saya
-
Seronok untuk dipandu
-
Penjagaannya murah
-
Ekonomi
-
Alat ganti dan barang JDM mudah didapati
Kekurangan Perodua Kelisa saya
-
Kurang selesa pada kelajuan tinggi
-
Ruang kaki di belakang agak sempit, tapi tak apa memandangkan saya jarang tumpangkan orang
Skor Penuh: 5/5
Prestasi: 4/5
Kualiti & Kelengkapan: 4/5
Ruang: 4/5
Keselesaan Perjalanan: 4/5
Penjimatan Minyak: 5/5
Harga & Kos: 4/5
Rumusan
Saya akan simpan kereta ini kerana saya betul-betul sukakannya. Saya akan buat lebih lagi pada kereta ini di masa depan supaya ia lebih bagus.
📢📢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.