**Berminat nak kongsi pengalaman dengan kereta anda sendiri? Jom kongsi di WapCar Community, klik pautan di bawah & sertai komuniti peminat kereta di Malaysia!
https://forum.wapcar.my/
Info asas tentang kereta saya:
PROTON SAGA 1.3 Standard AT 2021
Sebab saya membeli kereta ini
- Sebagai kereta ke-3 untuk ke kedai, pasar atau bandar berdekatan.
- Sangat sesuai digunakan oleh ahli keluarga yang baru mendapat lesen kereta untuk membiasakan diri memandu dan juga parent yang telah pencen untuk ke pasar.
- Sesuai dibawa ke tempat susah cari parking atau hendak beli barang di tepi jalan.
Proses pemilihan kereta
- Saya ada bajet sekitar: RM 400/bulan dengan RM5,000 deposit
- Antara model-model lain yang pernah saya pertimbangkan ialah: Perodua Bezza & Perodua Axia
Sebab saya memilih kereta ini
- Sangat berbaloi dengan RM300/ bulan sahaja.
- Proses tempahan dan terima kereta yang cepat dari pihak Proton berbanding jenama lain semasa tempoh MCO.
- Dengan kuasa 1.3, pemanduan Automatik senang dan mudah dipelajari oleh pemandu baru dapat lesen.
- Ruang dalaman terutamanya ruang pemanduan yang sederhana besar, wanita muda boleh memandu serta parent(warga emas) juga mudah membawanya
Pengalaman pengguna
- Saya sudah lengkapkan perjalanan sejauh 8000 km.
- Sangat bangga dan tidak malu membawanya, walaupun saya telah ada BMW F30 and Honda City.
- Orang ramai masih kagum dan berminat melihat kereta proton saga.
- Pusat service yang profesional dan selesa
- Pemanduan yang lancar, kabin yang selesa.
Kelebihan:
- Kabin yang selesa dengan banyak tempat letak barang.
- Pemanduan yang selesa dan kereta agak tinggi.
- Boleh memuatkan 5 orang dewasa dengan selesa.
- Sangat senang untuk parking dimana-mana sahaja khususnya tepi jalan.
Kekurangan:
- Banyak mengunakan minyak.
- Kuasa pecutan agak kurang, sukar memotong lori.
- Tiada tempat letak handphone, kena beli phone holder tetapi masih tidak tahu hendak leak dimana.
- Tempat butang aircond sukar dicari kerana gelap.
- Ruang simpan barang sangat terhad.
- Size rim tayar yang kecil
Penilaian:
Skor Penuh: 4
Prestasi: 3
Kualiti & Kelengkapan: 2
Ruang: 2
Keselesaan Perjalanan: 5
Penjimatan Minyak: 2
Harga & Kos: 5
Rumusan :
Sebuah kereta yang sesuai digelar sebagai “kereta rakyat”, sangat berbaloi, economy, mampu milik dan boleh dipandu oleh dari seorang yang baru mendapat lesen hingga ke warga emas dengan kelebihan diparking dimana-mana sahaja tanpa perlu risau.
Kisah menarik bersama 2021 Proton Saga
Proton Saga 2021 mempunyai WOW Faktor yang tersendiri. Sejak saya memandu terutamanya untuk membuat jualan (kerja).
Para pelangan serta rakan sekerja merasa kagum, mengambil masa untuk melihat kereta dan bergambar. Ada juga yang meminjamnya sekejap untuk mencuba.
Dengan harga yang sangat mampu milik. Kita sebenarnya boleh mendapat kenderaan yang selesa, selamat dan yang paling penting Muat segala barang yang hendak dimasuk. (termasuk TV 55 inchi)
đŸ“¢đŸ“¢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.
En Marul
0
19 Aug
·
Reply
Mat Haswadi
0
19 Aug
·
Reply
Shah Rull Hishan
0
19 Aug
·
Reply
Mhd Faezz
0
19 Aug
·
Reply
Mohd Saiful
0
19 Aug
·
Reply