** This article is published on WapCar Community, represent the opinion of users. Click the link below to enter the community for car enthusiasts in Malaysia
https://forum.wapcar.my
Mercedes-Benz E-Class W211
1. Pengenalan ringkas.
A. E200 Kompressor 1.8L
B. E240 V6
C. E230 V6 2.5L
D. E280 V6 3.0L
E. E270 CDI Diesel Inline 6
A. 5G tronic (untuk kebanyakkan model)
B. 7G tronic (untuk model spec Sport Version AMG)
2. Rekaan dan Kualiti.
- Untuk pengetahuan anda, model W211 ini ialah model Mercedes terakhir dengan rekaan lampu bulat/ bujur sebelum masuknya era baru tahun 2010 lampu bersegi.
- W211 menjadi ikonik Mercedes terbaik atas dasar rekaannya yang sangat unik yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Manakan tidaknya, kos untuk mereka cipta W211 ini mencecah hampir 9 billion Ringgit Malaysia! Dan projek mencipta W211 bermula sekitar tahun 1998 lagi yang memakan masa dalam 47 bulan.
- Kebanyakkannya menggunakan fully leather seat melainkan pada dashboard dan panel pintu saja yang mana ada yang tidak menggunakan leather. Tapi kualitinya cukup baik. Ada juga spec tertentu yang menggunakan seat leather dan fabrik alcantaraz.
- Memang pada dasarnya kita melihat W211 ini seperti kereta orang tua. Namun Mercedes tidak pernah hampakan peminatnya. Disebabkan itulah dalam wajahnya nampak tua tapi perkasa dengan adanya model Sport Version yang ditala oleh AMG dan Brabus Gmbh.
- Secara keseluruhan rekaan dalaman kereta ini sungguh mewah dan sedap mata memandang. Tambahan pula sound system Audio 10 juga menarik ibaratnya beli kereta ini tak perlu nak solek tebal-tebal kerana barang sudah anggun lagi menawan.
- Rekaan luaran dengan bentuk tubuh sangat menarik. Nampak seperti sebuah jentera yang sangat gah dimata dunia. Model W211 juga banyak memenangi beberapa anugerah salah satunya iktiraf dari J.D. Powers di USA.
- Secara keseluruhan rekaan dan kualiti kereta ini mendapat 5 bintang!
3. Harga.
4. Teknikal dan tahap selenggara.
- Bab ini yang selalu dipersoalkan.. Kos selenggara.. Haaa nak dengar ke? Rajin-rajinlah membaca yaa.
- Saya buat kesimpulan dulu, secara keseluruhannya, kos selenggara kereta ini boleh diterima dan sesuai dengan harga kereta.
- Antara yang menjadi common problem/kelemahan kereta ini ialah :-
A. Suspension.
Untuk pengetahuan semua, model W211 ini menggunakan sistem suspensi Double Wishbone dimana jika ditafsir secara mudahnya ia terdapat ball joint ekstra dan semestinya kos selenggara lebih tinggi jika dibandingkan dengan McPherson Suspension atau lain-lain.. Tujuan penggunaan sistem ini bagi meningkatkan tahap pengendalian jentera tersebut terutama pada selekoh tajam. Kos selenggaranya bermula 3k-8k bergantung pada jenama produk.
B. Kompressor/Supercas.
dalam dunia permotoran ini, jarang kereta mewah menggunakan supercas. Tapi itu tidak hairan dan pelik bagi Mercedes. Kerana kebanyakan kereta injin 1.8L atau 2.0L tahun sebelum 2009 menggunakan supercas. Apakah beza antara supercas dan turbocas? Ini kita bincangkan pada lain episod. Yang pastinya supercas lagi lasak berbanding turbocas. Cuma kelemahan supercas salah satunya bunyi bising bila dah lama. untuk mengenali supercas lebih dekat sila rujuk pada link penulisan saya yang sebelumnya disini https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2852560048392669&id=1410768769238478. Kos untuk menukar supercas ini sekitar 2-6k bergantung pada produk.
C. Paip air.
Kebanyakan paip air ini menggunakan fiberglass/ plastik yang mana sampai masa perlu ditukar. Jika lambat tukar menyebabkan air kering sejurus boleh menyebabkan kos selenggara menjadi lebih tinggi. Antara komponen yang terlibat ialah heater hose, cylinder head adapter, radiator, expansion tank, dan sebagainya lagi yang berkenaan. Kos selenggara bermula 300 - 4k MYR bergantung pada komponen yang ditukar.
D. Engine mounting.
Komponen ini tidak pelik lagi sekiranya sudah lama pasti perlu ditukar. Jika mereka selalu memandu laju kereta ini boleh menyebabkan engin mounting perlu cepat ditukar. Bila rosak kereta akan menjadi bergetar halus dan menyebabkan sentakan. Sekiranya engine mounting pecah atau jatuh juga akan memberi kesan buruk pada gearbox dan sistem powertrain seperti longshaft. Kos tukar engine mounting bermula 1k - 2k mengikut jenama komponen.
E. Alternator.
Biasalah untuk kereta berusia ni alternator akan rosak. Tugas alternator ini untuk mengecas batteri kereta. Untuk model 1.8L, alternator menggunaakan Clutch magnet. Kebiasaanya punca cepat rosak kerana clutch magnet yang gagal berfungsi dengan baik. Kos tukar clutch magnet sekitar RM300-500. Kos servis alternator tukar carbon brush dalam RM300-500. Kos tukar alternator bermula 1k-3k MYR bergantung pada jenama.
F. Engine.
H. Transmission.
- Untuk 5G tronic sudah terbukti transmisi ini antara transmisi rear wheel drive terbaik dunia. Sehingga model Porsche dan Supercar seperti SLR McLaren F1 juga menggunakan transmisi ini. Kos overhaul bermula 4k - 7k.. Model ini kebiasaanya rosak conductor shift plate dan kos tukar bermula 1k-3k sahaja.
- Untuk 7G tronic ini pula berlainan sikit. 7G Tronic Mercedes ini ialah Transmisi 7 kelajuan pertama didunia yang direka oleh Mercedes pada tahun 2007 yang diletakkan di model CL-Class. Kebiasaanya model ini mempunyai masalah dengan conductor shift plate didalam valve body. Kos selenggara bermula 5k - 12k bergantung pada komponen yang ditukar.
I. Kadar servis. (Service Interval)
A. Untuk setiap 10.000km/12.000km kos servis minyak injin menggunakan gred10w/40 beserta oil filter bermula 400 -700 MYR bergantung pada jenama minyak.
B. Untuk servis minyak gear bagi model 5G dalam 500-700 MYR manakala bagi unit 7G bermula 1200 -2500 MYR.
J. ABS Sistem dan Wheel speed sensor
- Ini kebiasaan berlaku. Seeloknya tukar sepasang demi sepasang seperti tukar tayar. Kos tukar bermula 300 - 700.
- Untuk model permulaan tahun 2003-06 menggunakan brake-by-wireyang dipanggil SBC Pump. Perbahasan SBC pump ini sangat panjang dan bagi mereka yang rajin mengkaji boleh baca di penulisan saya di sini https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2068626573452691&id=1410768769238478. Kos tukar SBC bermula 5k-8k MYR bergantung pada produk. Ada yang mengatakan ada recall dan kempen tukar SBC percuma, itu hanya berlaku pada tempat tertentu sahaja seperti di USA dan Kanada kerana penjualan mereka mencecah hampir jutaan unit. Dan kempen tersebut tidak sah di pusat servis di negara lain.
- Secara keseluruhannya, kos selenggara bagi model ini mendapat 3 bintang. Kos selenggara ini subjektif kerana ia mengikut bengkel setempat. Mungkin ada yang lagi murah dan mungkin juga ada yang lagi mahal. Itu terpulang pada mekanik setempat.
5. Kesimpulannya.
Sekadar itu sahajalah ulasan saya, yang pentingnya semua ini tepuk dada tanya selera.. ini hanyalah pendapat saya sahaja.
Sebarang komen boleh tinggal di ruangan komen atau hubungi di talian 014-5132324..
Walahualam.
Fakrul Azhar
đŸ“¢đŸ“¢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.
Comments
No Comment Yet
Be the first to share what you think!