**Artikel ini asalnya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di WapCar Community, platform perkongsian pendapat dikalangan pembaca. Klik pautan di bawah untuk sertai komuniti peminat kereta di Malaysia
https://forum.wapcar.my/
Info asas tentang kereta saya
Honda Civic 2021 (FC) 1.8s
Sebab saya membeli kereta ini
Saya seorang jurugambar yang sering keluar ke pelbagai lokasi untuk bekerja. Oleh itu, saya perlukan kereta yang mampu bertahan untuk perjalanan harian saya, dengan ruang kargo mencukupi bagi kelengkapan kamera saya, tapi pada masa sama menyeronokkan dan selesa untuk dipandu.
Proses pemilihan kereta
Saya ada bajet RM 120,000
Antara model-model lain yang saya pernah pertimbangkan ialah Honda City 2021 dan Proton X50
Honda ialah salah satu jenama pilihan saya bagi kereta, dan Civic generasi ke-10 ini ialah kereta idaman saya sejak saya selesai pengajian beberapa tahun lalu. 1.8s cukup dikenali sebagai kereta yang tahan lasak, menyeronokkan dan ringkas, dan inilah sebabnya saya memilih 1.8s berbanding 1.5 turbo.
Pengalaman pengguna
Saya sudah melengkapkan perjalanan 9,500 km dengan kereta ini.
Ketika saya membeli kereta ini, ia semata-mata kerana sukakan rupa bentuknya. Saya baru memiliki kereta ini sejak beberapa bulan yang lalu, maka saya tak dapat betul-betul pastikan ketahanannya serta kos penjagaannya. Namun, saya tahu saya takkan menyesal membeli kereta ini dan saya berharap produk berlambang ‘H’ ini kekal setia dengan kualiti yang diharapkan, memberikan saya keyakinan dan kepuasan sebagai seorang pengguna.
Kelebihan dan Kekurangan
Kelebihan Honda Civic 2021 saya
Penggunaan minyak hebat sebagai sedan C.
Memberikan kuasa yang lancar dengan enjin NA 1.8s.
Remote start dan walk-away lock amat-amat memudahkan.
Pengendalian responsif
Android Auto cukup memudahkan.
Rekaan hebat dan menarik walau di tahun 2022.
Kekurangan Honda Civic 2021 saya
Tiada power seat bagi pemandu hadapan
Masih menggunakan mentol halogen bagi lampu hadapan
Kabin bising
Tiada slot pemegang kad di sebelah pemandu
Auto wiper, auto walk-away lock kadang-kadang tak berfungsi dengan baik.
Penilaian Honda Civic 2021 saya
Skor Penuh: 4/5
Prestasi: 4/5
Kualiti & Kelengkapan: 3/5
Ruang: 5/5
Keselesaan Perjalanan: 4/5
Penjimatan Minyak: 4/5
Harga & Kos: 5/5
Rumusan
Saya sudah membeli kereta idaman saya dan ia sangat seronok untuk dipandu dan selesa sebagai pengangkutan harian.
Kisah menarik tentang Honda Civic saya
Apabila saya mengambil kereta pada hari pertama, saya tersesat di satu kawasan kampung. Pening kepala nak cari jalan balik ke bandar. Saya masih belum tahu cara menggunakan Android Auto dan GPS pada infotainment pada masa itu. Saya sesat hampir separuh hari di jalan kampung dengan mat rempit memecut laju di sana sini. Tapi, nasib baik tiada perkara tidak diingini berlaku dan saya selamat sampai di rumah petang itu.
📢📢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.
Comments
No Comment Yet
Be the first to share what you think!