**Berminat nak kongsi pengalaman dengan kereta anda sendiri? Jom kongsi di WapCar Community, klik pautan di bawah & sertai komuniti peminat kereta di Malaysia!
https://forum.wapcar.my/
1. Maklumat asas:
2022 Honda City RS e:HEV
2. Kenapa saya beli kereta ini?:
Sebagai seorang pemandu e-hailing sepenuh masa, penggunaan minyak merupakan isu yang utama saya mesti mengalami pada setiap masa, untuk minimumkan perbelanjaan demi tujuan beruntung dengan lebih, juga disebabkan kami biasa berbelanja sekurang-kurang RM1k sebulan untuk minyak. Sebelum ini, Perodua Myvi AV 2019 telah dipakai sebagai kereta e-hailing, yang saya beli lebih awal untuk gantian kereta Proton Iswara 2001 yang dicuri (disebabkan alat ganti berpermintaan tinggi selepas Proton menamatkan jualan tersebut), yang dipakai untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.
Walaubagaimanapun, membawa e-hailing & p-hailing dengan Myvi bermakna saya membayar lebih RM100 sebulan kepada ansuran peminjaman bank (22% bayaran pendahuluan, 3.17% kadar faedah, pinjaman 9 tahun), berbanding dengan pemandu e-hailing yang memiliki Perodua Bezza 1.3L AV, serta gadai janji yang agak sama (ataupun Bezza X dengan bayaran pendahuluan = RM 463 [3.3% kadar faedah, pinjaman 9 tahun). Sebagai tambahan, teknologi Eco-Idle yang dipasang pada Bezza AV, mampu menjimatkan penggunaan bahan bakar sebanyak 5%. (1% lebih rendah daripada dakwaan Perodua).
Sementara itu, walaupun majoriti pemandu teksi memakai bahan bakar gas asli (NGV) untuk mengurangkan pembakaran petrol, kata mereka, gas asli boleh merosotkan sebuah injin kereta. Sebagai pembalasan, tenaga alternatif kepada gas NGV terjatuh ke elektrik, iaitu kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri hibrid.
Yang patut disebut pula, kenderaan hibrid elektrik (HEV) seperti Honda City RS e:HEV, berbeza dengan kenderaan hibrid plug-in seperti BMW 330e, ia tidak perlu bayar apa-apa untuk mengecas bateri seperti mengisi tangki gas NGV dan hanya bayaran pembaikan/penukaran sahaja dikenakan selepas hayatnya tamat. Walaupun kebanyakan orang berdakwa penyelenggaraan bateri hibrid itu mahal, saya akan berbanding peruntukan bulanan petrol kepada kereta injin pembakaran dalaman, dan membahagikan bayaran pembaikan bateri voltan tinggi pada 8 tahun dan 365 hari setahun (8 tahun lindungan waranti dari Honda), setelah waranti tamat tempoh.
3. Proses pemilihan:
● Bajet saya:
Tiada bajet yang tepat ditetapkan, sebagai pemandu e-hailing, peruntukan yang munasabah serta mengurniakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, dan peruntungan yang secukup merupakan matlamat utama kami. Dengan pilihan berkhidmat e-hailing kategori murah, kereta segmen B & C merupakan pilihan-pilihan saya.
● Model-model lain yang saya pertimbangkan:
Perodua Bezza 1.0G & 1.3 AV, Perodua Ativa 1.0 Turbo, Nissan Almera 1.0 Turbo, Nissan Leaf, Nissan Serena S-ybrid, Toyota Corolla Cross Hybrid, Toyota Vios J, Hyundai Kona Electric, Honda City S
● Sebab-sebab saya memilih kereta ini:
Seperti yang disebut di atas, pengurangan kegunaan minyak serta memaksimumkan untung adalah matlamat drebar seperti saya yang mencari rezeki dengan kenderaan-kenderaan sendiri. Itulah sebab Perodua Bezza X dijadikan pilihan utama kenderaan pemakaian awam, seperti teksi dan e-hailing. Di samping itu, kepada drebar yang berkhidmat kategori lebih premium, kereta sedan segmen B berspesifikasi “kosong” merupakan antara pilihan mereka.
Bertentangan dengan skeptis rakyat Malaysia terhadap hibrid, kebanyakan negara-negara jiran seperti Kemboja, Thailand, dan Singapura telah membukti bahawa kereta-kereta hibrid yang bercatat perbatuan yang tinggi seperti Toyota Prius masih berfungsi dengan baik, walaupun penyelenggaraan kereta dan baterinya yang bertahun-tahun.
Pada samping yang lebih ekstrem, walaupun kos pengecasan sebuah kereta elektrik lebih murah daripada mengisi minyak ke dalam tangki minyak, (Cth: Pek bateri Nissan Leaf 40kWh, kadar TNB setiap kWh selepas 300kWh= RM 0.516 x 40 = RM20.64 dicas sepenuh) memarkir kenderaan selama 45 minit untuk mengecas langsung tidak masuk akal, juga atas sebab ia mengurangkan produktiviti saya terhadap pekerjaan, berbanding dengan kereta hibrid yang mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk mengisi penuh, dengan frekuensi serata-rata 4.5 hari seminggu (1.5 hari untuk Perodua Myvi saya). Dengan itu, kenderaan hibrid ataupun hibrid plug-in seperti BMW 530e merupakan pilihan yang lebih boleh dilaksanakan, kerana hibrid plug-in tidak ambil masa panjang untuk mengecas sehingga penuh berbanding dengan kereta elektrik bateri penuh. Sampingannya, kereta hibrid ataupun HEV tidak perlu dicas, tetapi hanya dengan mengisi minyak seperti kereta injin petrol yang biasa macam BMW 530i.
Di bawah menunjuk perbandingan perbelanjaan Honda City RS e:HEV dan Perodua Bezza X untuk e-hailing:
Senario: Jalan 350km sehari
Perodua Bezza X:
Loan bulanan: RM418
Petrol: kira2 RM1602 (pembakaran bahan api 7.2l/100km)
Penyelenggaraan: kira2 RM300
Insuran: kira2 RM118.16 (RM1417.80 tahun pertama)
Jumlah bulanan RM2438.16
Honda City RS e:HEV:
Loan bulanan: RM937
Petrol: kira2 RM734 (pembakaran bahan api 3.85l/100km)
Penyelenggaran: kira2 RM300
Insuran: kira2 RM250.75 (RM3009.5 tahun pertama)
Jumlah bulanan: kira2 RM2221.75
Perbezaan / Jimat: RM216.4
4. Pengalaman saya
● Saya telah memandu sejauh 4500 km. Purata penggunaan bahan api ialah 26km/l.
● Pandangan saya tentang kereta ini sejak memilikinya:
Betul-betullah kereta terbaik saya beli sepanjang hayat saya ni! Dengan pemasangan lapisan filem tingkap (tinted), system penyaman udara automatik dan kawalan hidup injin jauh pastikan anda tidak “dimasak” dalam kereta sejak anda naik dan turun kereta, dan jimatkan penggunaan petrol yang dipakai untuk mengecas bateri voltan tinggi itu. Sebagai fakta yang genting, sebuah kereta baik bermakna ia menghidmati tujuan pengguna itu, yang mana kereta ini telah memuaskan tujuan penjimatan minyak, terutamanya apabila dalam kesesakan trafik Pusat Bandaraya KL yang terkenal. Selain itu, di sini merupakan beberapa tujuan yang dicapai oleh model kereta ini:
Walaupun Kawalan Jelajah Adaptif menambahkan dan mengurangkan laju kereta itu secara bertiba-tiba yang makan minyak secara kuat, ia masih membantu supaya perjalanan jauh saya di lebuh raya tidak berasa sakit kaki akibat menekan dan melepas pedal minyak. Sebagai tip mengatasinya, melaraskanlah kelajuan penjelajahan kereta anda. Juga, dalaman yang luas dan selesa dengan rekaan sofa kulit dan fabrik menambah keselesaan kepada penumpang dan pemandu sepanjang perjalanan. Kebanyakan penumpang e-hailing telah berkomen bahawa mereka berasa selesa masa dalam kereta ini. Tambahan pula, bolong-bolong penyaman udara kerusi belakang memastikan penumpang tidak berasa panas pada cuaca yang panas.
5. Kelebihan:
- Jimat petrol. Walaupun pemanduan tambah dan kurangkan laju yang agresif, ia masih capai purata penggunaan bahan api yang setinggi-tinggi 19km/l, yang mana amat sukar untuk kereta injin petrol mencapainya, walaupun pemanduan secara ekonomik. Injin pembakaran dalaman itu berhidup secara kadang kala dan masa yang singkat untuk mengecas bateri voltan tinggi sewaktu dalam kesesakan trafik yang lama.
- Kos penyelenggaraan yang munasabah, sedikit lebih mahal daripada jenama pesaing kebangsaan.
- Dalaman kereta yang luas berbanding dengan pesaing kereta segmen B.
- Brek Pegun Automatik. Membantu mengurangkan keletihan yang disebabkan oleh memijak dan melepaskan pedal brek. Ia serupa dengan e-pedal Nissan tetapi perlu memijak sekali sebelum kereta boleh jadi pegun.
- Alat membaiki tayar sementara “Temporary tyre repair kit”. Alternatif yang lebih baik daripada tayar ganti (tayar spare), getah cecair yang disuntik ke dalam tayar dengan pam angin akan tinggal di dalam tayar sehingga anda menukar ia ke baru, walaupun disebut “temporary”, selagi getah cecair dari botol itu disuntik sepenuh-penuhnya. Kepada sesiapa yang risau tayar ganti tak ada, tak perlu langsung!
6. Kekurangan:
- Apple CarPlay / Android Auto selalu berhenti tiba-tiba. Pening kepala sebab perlu cabut dan cucuk telefon pintar balik, dan berulang alik beberapa kali masa membawa kereta ini.
- Tiada sensor parkir/membelok hadapan dan kamera pandangan 360°, pembelokan di selekoh sempit dan memarkir dalam petak tanpa menduduki petak jirannya dijadikan sukar
- Tiada pelipatan cermin tepi automatik. Mendedahkan kerana perlu buka mod aksesori untuk melipat, sekiranya terlupa melipat cermin tepi ataupun perlu tinggalkan kereta dengan segera ke tempat yang ingin pergi.
7. Permarkahan:
Jumlah markah: 4
Prestasi: 5
Kualiti & Fitur: 4
Ruang: 5
Keselesaan: 5
Penggunaan bahan api: 5
Harga & Kos: 5
8. Huraian
Pandangan sebenarnya, walaupun ramai orang mendesak bahawa bateri kereta hibrid mahal diselenggarakan, saya berkomen bahawa buatlah matematik tentang kos pemilikan kereta keseluruhannya, hanya perlu mengenal pasti kos penggantian daripada wakil jualan anda. Komen saya adalah sama kepada pemilik City RS e;HEV yang berteknologi beza, sama ada baru atau lama, kerana model-model lain direka untuk tujuan yang lain.
Dengan pengarahan dunia hadap ke neutraliti karbon, kita haruslah mainkan tanggungjawab kita sebelum individu lain mengikuti. Oleh itu, kepada sesiapa yang berjawatan yang perlu mengembara dari tempat ke tempat, dan sebelum pembekalan rangkaian pengecasan EV berpuas kepada permintaannya, kenderaan hibrid merupakan model-model peralihan bersumbang kepada neutraliti karbon dan pengelektrikan, atas sebab pot pengecas yang rosak dapat merosakkan hari bercuti anda. Seperti yang disebut di atas, kereta yang baik bermakna ia melayani tujuan-tujuannya, dan ia telah melayani tujuan-tujuannya, disebabkan ia direka untuk pengembaraan kawasan bandar, bersama dengan fungsi-fungsi yang praktikal, seperti brek pegun automatik (auto-brake-hold).
9. Peristiwa menarik
1. Susahnya nak biasakan pemakaian brek parkir elektronik, sebab tak pernah pakai satu dahulu langsung, disebabkan brek pegun automatik itu rasa macam posisi gear neutral. Sebab itu, ada sekali masa kereta depan bergerak selepas lampu isyarat jadi hijau, saya pula juga memakai tali keledar dan keliru untuk menekan brek sebelum melepasi brek parkir. Masa itu, saya masih cuba nak hafal “SOP” lepas “hand brake” itu... Pening...
2. Disebabkan kereta ini memakai bateri voltan tinggi sahaja, lainkan masa injin mengecas bateri tersebut, ia sangat sunyi dan hampir senyap untuk tahu sama ada kereta sudah dihidupkan atau dimatikan. Walaupun injin pembakaran dalaman itu dihidupkan, motor penghidupan tidak senang didengar dan tidak akan mengejut sesiapa yang melaluinya. Itulah tujuan utama tersebut sebab saya boleh menghidupkan kereta saya dengan Honda CONNECT tanpa mengejut orang di sekitar, untuk menyamankan dalaman kereta di bawah matahari panas, semasa saya berada di tempat alat pengawal jauh kereta tidak dapat sampai.
3. Sunyinya kereta ini dan sukar untuk kenal pasti sama ada kereta ini dihidupkan atau dimatikan, amat sukar mengingatkan diri bahawa untuk tukar posisi gear ke “Park”, kerana sudah biasa dengan kereta injin biasa yang ada bunyi injin. Sampailah hari ini saya masih tidak biasa lagi...
📢📢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.