** This article is published on WapCar Community, represent the opinion of users. Click the link below to enter the community for car enthusiasts in Malaysia
https://forum.wapcar.my
Maklumat asas:
2004 BMW X5 3.0i (E53)
Kenapa saya beli kereta ini?
Saya mempunyai rancangan untuk menaiktaraf daripada Mitsubishi ASX 2.0 kepada sebuah SUV yang lebih besar dan lebih berkuasa. Saya sebenarnya tidak suka transmisi CVT yang digunakan oleh Mitsubishi ASX. Pada satu hari saya bertanya kepada diri sendiri kalau saya tidak memiliki sebuah SUV buatan Jerman, bila lagi? Jadi saya pun mulalah membuat penyelidikan terperinci secara talian dan antara pilihan yang saya ada ialah Porsche Cayenne, Mercedes Benz ML dan BMW X5. Saya memilih X5 sebab alat ganti dan woksyop servis banyak di lembah Klang. X5 ialah sebuah SUV mewah yang besar dan berprestasi tinggi yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi keselamatan yang setaraf dengan piawaian hari ini. Harganya juga berbaloi (saya memilikinya dengan harga kurang daripada RM30k). Yang bes sekali tiada pinjaman kereta. Saiznya lebih besar dan lebih berkuasa daripada Proton X70 dan ianya juga boleh dibandingkan dengan BMW X5 (G05) generasi yang keempat dengan tapak harga RM428k.
Proses pemilihan:
Sebab-sebab saya memilih kereta ini:
Pengalaman saya bersama:
Pemanduan X5 boleh menyebabkan ketagihan. Bunyi gaungan enjin di dalam kabin kereta serta pecutan padu selicin mentega daripada enjin 6 silinder ini amat memberangsangkan pemandu. Pemandu dan penumpangnya akan berasa amat selamat di dalam X5, seakan-akan berada di dalam sebuah kereta perisai. Bes sungguh setiap kali memandunya di atas jalan.
Kelebihan dan Kekurangan
Kelebihan:
1) Pemanduan, pengendalian and respon stereng yang bagus
2) Pecutan serta-merta dan amat stabil pada kelajuan yang tinggi
3) Kemasan luaran dan kedapan bunyi yang bagus
4) Kabin dalaman yang luas dengan kerusi kulit berkualiti tinggi
5) Premium insurans yang lebih rendah
Kekurangan:
1) Kenderaan yang berat, pintu juga berat
2) Stereng yang berat sebab guna hidraulik
3) Minyak tidak ekonomi sebab kenderaan berat
4) Cukai jalan lebih tinggi mengikut kapasiti enjin kenderaan
5)Memerlukan pembaikpulihan alat ganti (sebab kenderaan sudah berusia)
Kekurangan:
Performance: 5
Quality & Features: 4
Space: 5
Ride comfort: 5
Fuel Economy: 2
Price & cost: 5
Huraian:
Selagi anda bersiap sedia dengan bajet untuk pembaikan and pemulihan untuk sebuah BMW yang berusia, anda selamat. Sebenarnya, saya dapat berjimat dengan banyak sebab saya tidak perlu lagi membayar pinjaman kereta dengan faedah yang tinggi setiap bulan dan saya juga tidak perlu membayar premium insurans yang tinggi setiap tahun.
Sebagai seorang pengguna kereta seperti anda, saya mulai sedar bahawa pelancaran kenderaan SUV baru dari masa ke semasa ini tiada pengakhiran. Pada pendapat saya, mengejar model SUV yang terbaru setiap 5-6 tahun dan sentiasa berkomitmen pinjaman kereta bukanlah cara perancangan kewangan yang bernas. Saya tidak kisah untuk membeli sebuah kenderaan SUV mewah terpakai. Yang penting sekali, saya berasa gembira untuk memiliki dan memandu salah sebuah "ultimate driving machine" BMW. Sekian.
📢📢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.
Comments
No Comment Yet
Be the first to share what you think!