**Artikel ini asalnya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di WapCar Community, platform perkongsian pendapat dikalangan pembaca. Klik pautan di bawah untuk sertai komuniti peminat kereta di Malaysia
Maklumat asas kereta saya
2021 Toyota Corolla Cross 1.8V (CBU)
Sebab saya membeli kereta ini
Keluarga saya ada Honda CR-V 1.5 TC-P. Jentera Honda ini memang sangat berkuasa dan seronok dipandu. Bagaimanapun, pemanduannya tak selesa dan pengendaliannya biasa-biasa saja. Satu lagi benda yang saya tak suka ialah punat dalam kabinnya yang kurang bagus. Pada suatu malam ketika saya hendak mengundurkan kereta, butang tombol gearnya tercabut sehingga saya tak dapat menggerakkan kereta dengan sempurna. Saya panik dan terus bertanya di ‘group’ FB Honda CR-V. Saya bernasib baik apabila ada yang memberi respon dan mengajar saya cara untuk menukar gear dengan tombol gear yang rosak itu. Kalau tidak, saya mungkin terpaksa memanggil trak tunda tengah-tengah malam. Sejak itu, saya berjanji pada diri sendiri yang kereta baru saya nanti haruslah jenis yang tahan lasak.
Proses pemilihan kereta
-
Saya ada bajet RM 150,000
-
Antara model-model lain yang saya pertimbangkan ialah Mazda CX-5
Sebab saya memilih kereta ini
Saya memilih Toyota Corolla Cross disebabkan oleh rebiu positif tentang pengendalian kereta ini atas platform TNGA. Tambahan pula, nama Toyota memang sinonim dengan ketahanan. Kriteria lain termasuklah kelengkapan Adaptive Cruise Control kerana saya selalu menggunakannya apabila memandu di lebuhraya.
Pengalaman pengguna
Saya sudah lengkapkan perjalanan sejauh 8,500 km. Purata penggunaan minyak kereta ini ialah 0.08 liter/km.
Seperti yang dijangka, pengendalian Toyota Corolla Cross (TCC) memang tak menghampakan! Kereta ini cukup stabil walaupun dipandu pada kelajuan tinggi, dan saya boleh menawan jalan berselekoh dengan yakin – sesuatu yang tak dapat saya lakukan dengan Honda CR-V yang lebih mahal. Perkara yang mengejutkan saya adalah prestasi suspension belakangnya apabila dipandu melepasi bonggol. Ia menyerap hentakan dengan lembut, setanding kereta segmen D yang pernah saya pandu uji dulu.
Di ruang kabinnya pula, perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah ‘roof lining’nya yang berwarna hitam. Saya sukakan perincian ini kerana ia tampak ‘sporty’ dan lain daripada warna biasa seperti putih atau krim pada kereta yang saya miliki sebelum ini. Punat pada stereng dan konsol tengahnya terasa padu dan ada tekstur pada permukaannya. Tambahan pula, ia ada pencahayaan ambien berwarna biru di sekitar bahagian hadapan, membuatkannya terasa sama seperti kereta premium lain. Perkara yang mengejutkan saya adalah pencahayaan kabinnya menyala perlahan-lahan apabila orang yang memegang kunci semakin menghampiri kereta – seolah-olah kereta ini menyambut ketibaan pemandunya. Ini memberi perasaan yang cukup unik setiap kali saya menghampiri kereta ini pada waktu malam, yang saya rasa serupa dengan budaya “Omotenashi” di Jepun.
Bagi aspek enjinnya pula, enjin 1.8 NA-nya terasa responsif, namun jika saya perlukan lebih banyak kuasa, saya perlu ‘rev’ kuat lagi. Berbeza dengan enjin turbo, kuasanya akan terasa apabila rev melangkaui 3,500 RPM, dan ia boleh memecut dengan laju. Gearnya ialah unit CVT dan ia juga mempunyai mode simulasi manual 7 kelajuan. Saya rasa simulasi mode manual TCC lebih bagus seperti automatik konvensional berbanding Honda CR-V. Dalam mode normal, CVT dan enjinnya terasa lancar dan diperhalusi. Ia amat selesa untuk dipandu dengan tenang. Satu perkara yang saya perasan tentang CVTnya ialah walaupun ia dalam mode normal, secara automatik ia akan menyerupai peralihan gear automatik konvensional jika enjinnya di’rev’ melebihi 3,500 RPM. Ini membuatkannya lebih seronok dipandu.
Dari segi NVH pula, TCC didatangkan dengan tayar Michelin Primacy 4 dan disebabkan ini, bunyi dari permukaan jalan cukup rendah bagi kereta dalam julat harga ini. Jika dipandu dengan tenang, pemanduan akan jadi cukup selesa dan senyap jika kelajuan berada di bawah 100 km/jam. Jika dipandu lebih laju, bunyi angin jelas kedengaran dari arah B-pillar. Oleh yang demikian, memilih kereta yang dilengkapi dengan Adaptive Cruise Control (ACC) sangat-sangat membantu ketika meluncur di lebuhraya, walaupun julat ACC bagi unit CBU hanya berfungsi pada kelajuan 30 km/jam ke atas. Maka, memandu dalam kesesakan trafik mungkin susah sedikit jika dibandingkan dengan kereta yang ada ‘low-speed follow ACC’.
Fungsi Lane Keep Assist (LKA) juga boleh didapati dengan TCC; dimana sistem ini akan mengemudikan stereng ke tengah-tengah lorong jalan. Tapi, saya rasakan yang LKA Honda Sensing boleh mencapai efek yang lebih natural kerana LKA TCC akan menggerakkan kereta ke kiri dan ke kanan bagi membolehkannya kekal berada di tengah-tengah laluan.
Apa-apa pun, tak ada kereta yang betul-betul sempurna, kerana penutup tangki minyaknya tidak terbuka sepenuhnya selepas tuas ditarik, selain dari bunyi besi bergegar di dalam papan pemukanya sejak hari pertama saya mengambil kereta ini. Ia sudah dibaiki oleh Toyota Service Centre setelah seminggu ditinggalkan di sana. Setakat ini, bunyi gegaran ini sudah tidak kedengaran lagi. Tambahan pula, walaupun ia dilengkapi Android Auto dan Apple CarPlay, plastik ‘head unit’nya yang terasa seperti barang ‘aftermarket’ nipis dan menghasilkan bunyi getaran apabila ada sedikit gegaran. Saya belum berpeluang lagi untuk pergi ke Toyota SC bagi membetulkan masalah bunyi getaran ini.
Bagi saya, kelemahannya yang paling besar ialah ruang kabinnya yang sempit. Ketinggian saya ialah 183 cm dan ruang tempat duduk di belakang kerusi pemandu akan jadi sempit jika kerusi pemandu dilaras mengikut ketinggian saya. Jika ditambah dengan kerusi keselamatan kanak-kanak, ruangnya akan jadi lebih sempit bagi penumpang di belakang. Oleh itu, saya rasa TCC kurang sesuai bagi mereka yang mahukan ruang kabin luas.
Kelebihan Toyota Corolla Cross 1.8V (CBU) 2021 saya
-
Pengendalian hebat
-
Enjin responsif
-
Tempat duduk selesa dan pemanduan lembut
-
Tahap penghalusan enjin dan kotak gear yang tinggi
-
Dilengkapi dengan pelbagai teknologi bantuan pemandu
-
Harga berbaloi
Kekurangan Toyota Corolla Cross 1.8V (CBU) 2021 saya
-
Ruang dalaman yang sempit
-
Penutup plastik head unit kurang berkualiti
-
Kualiti binaannya kurang sedikit daripada jangkaan walaupun ia CBU dari Thailand
-
Brek parkir kaki terasa agak lapuk. Brek tangan mungkin lebih bagus bagi saya.
-
‘Kick sensor’ untuk membuka pintu but terasa seperti gimik kerana ia kadang-kadang tidak berfungsi
Penilaian Toyota Corolla Cross 1.8V (CBU) 2021 saya
Skor Penuh: 3/5
Prestasi: 3/5
Kualiti & Kelengkapan: 3/5
Ruang kabin: 2/5
Keselesaan pemanduan: 4/5
Penjimatan minyak: 3/5
Harga & Kos: 4/5
Rumusan
Saya mahukan sebuah kereta yang tahan lasak dan dilengkapi teknologi bantuan pemandu terkini. Toyota Corolla Cross menepati kemahuan dan bajet saya. Platform TNGA betul-betul seperti yang dijangkakan; menawarkan pengendalian dan keselesaan yang hebat. Walaupun ada kekurangan yang tidak dijangka, secara keseluruhannya kereta ini cukup berbaloi untuk dibeli.
Kisah menarik
Pada suatu hari ketika hujan lebat, seluar dan kasut saya basah teruk. Kesejukan dan kebasahan, saya cuba menaikkan suhu penghawa dingin. Saya terkejut melihat fungsi pemanasnya boleh dinaikkan melangkaui 28 darjah Celcius. Fungsi ini memang betul-betul membuatkan saya rasa lebih selesa sepanjang perjalanan pulang.
Dan akhir sekali, warna Graphite Metallic kini menjadi ‘limited edition’ kerana ia tidak disertakan sekali dengan keluaran CKD.
📢📢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.