Sebelum Honda BR-V kita pakai Proton Exora (2009).Disebabkan kereta Exora itu mengalami banyak kemalangan kita terpaksa menjual kereta tersebut dan membeli kereta baharu.Kita tidak mempunyai banyak pilihan sebab pada masa itu MPV 7 tempat duduk hanya Nissan Grand Livina & Proton Ertiga sahaja.Disebabkan Nissan Grand Livina tidak dilengkapi dengan 'Electronic Stability Control' dan tempat duduk baris ketiga tak selesa macam Proton Exora.Oleh itu,kita batalkan pilihan tersebut dan harga Grand Livina pun mahal sangat.Akhirnya kita pilih Honda BR-V sebab ia dilengkapi dengan 'Electronic Stability Control' dan keselesaan tempat baris ketiga memang baik berbanding Nissan.
Kelebihan
1.Minyak Jimat (Boleh Capai 18KM/L *kalau betul² drive)
2.Praktikaliti yang agak cukup (Honda King of Interior Packaging)
3.Harga maintanance yang agak murah
4.Roof Rail untuk ruang bagasi tambahan
Kekurangan
1.Ciri keselamatan BRV hanya dilengkapi dengan 2 beg udara,Abs,Ebd,Esc,Hsa itu sahaja dan tidak dilengkapi dengan Honda Sensing *even untuk versi facelift*.
2.Headunit bagi versi prefacelift memang basic(langsung takde butang untuk kawal volume) dan tidak dilengkapi dengan Apple CarPlay or Android Auto (Alza ada Android Connect).
3.Kereta ini dilengkapi dengan brek tangan bagi saya kalau Honda Malaysia menggantikan brek tangan dengan brek parkir kaki *Foot operated Parking brake* tempat center console akan ada satu ruang letak besar sesuai untuk letak barang.
4.Tidak ada USB port untuk mengecas phone.Hanya ada satu sahaja di headunit tapi yang itu untuk media sahaja.Ada satu 12V socket sahaja kalau cas phone.
Kesimpulan
Setakat ini Honda BR-v tidak memberi masalah yang sangat besar.Saya dapat peluang untuk claim warranty untuk tingkap sebalah pemandu dan headlamp disebabkan DRL rosak.Bagi saya ,Honda BR-V tidak sesuai untuk pada masa sekarang sebab Perodua Aruz lebih baik dan harga murah sangat.Tapi pada masa 2017 BR-V adalah satu pilihan yang baik sekarang tak.Walaubagaimanapun BRV memang kereta keluarga yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan asas.
S.J. SHRIDHAR
0
1 Apr
·
Reply
Tessia
0
cadang bila tkr kereta eh?
15 Nov
·
Reply
Danny Wong
0
kenapa x pilih ertiga bos? bagus juga......
15 Nov
·
Reply
Alvin Yee
1
Wow first malay owner review I saw on this forum
15 Nov
·
Reply
johny low
0
Pada pendapat saya, Brv luas dan baik kalau berbanding dengan aruz
14 Nov
·
Reply