**Artikel ini asalnya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di WapCar Community, platform perkongsian pendapat dikalangan pembaca. Klik pautan di bawah untuk sertai komuniti peminat kereta di Malaysia
https://forum.wapcar.my/
Maklumat asas kereta saya
Proton Exora CFE 2013, RM 77k. Tarikh pengilangan Disember 2012, pendaftaran Mac 2013.
Sebab saya membeli Proton Exora
Satu-satunya MPV dengan enjin turbo
Proses pemilihan kereta
Saya ada bajet RM 100k
Antara model lain yang saya pertimbangkan termasuklah Toyota Innova.
Sebab saya memilih Proton Exora
Enjin turbo, ruang kabin luas, sarung kerusi kulit, dan ada fungsi auto-cruise.
Pengalaman pengguna
Saya sudah lengkapkan perjalanan sejauh 146,000 km.
Secara keseluruhannya, pengalaman saya bersama Exora turbo ini memang bagus. Saya suka peralihan gear CVTnya yang lancar, pengalaman memotong dengan enjin turbo ini juga menyeronokkan, dan tidak dilupa penghawa dinginnya yang sejuk (terlalu sejuk bila cuaca hujan haha). Saya pernah memandunya pergi dan balik antara Kuching dan Miri (kira-kira 2,000 km) dan memandu ke resort percutian bersama keluarga dan mertua beberapa tahun lalu. Exora ini juga menjadi harapan saya dalam urusan harian menghantar anak ulang-alik ke sekolah dan pusat tuisyen setiap hari.
Untuk servis Exora saya, saya akan sentiasa ke pusat servis Proton yang sama dan meminta mekanik yang sama untuk servis kereta ini, saya percaya mereka boleh buat kerja bagus setiap kali ia dihantar ke sana. Saya gunakan minyak hitam fully synthetic 5w30. Radiator saya hanya gunakan air mineral campur coolant (jangan guna air paip). Saya juga buat “Gear Exercise” setiap kali mula memandu setiap hari (disarankan oleh En Mat dari JPJ dulu).
Kelebihan Proton Exora saya
-
Kuasa bagus dengan tork 205 Nm
-
Memotong jadi mudah dengan turbo
-
Ruang kabin yang luas
-
7 tempat duduk sarung kulit
-
Penghawa dingin sangat sejuk
-
Peralihan gear lancar
-
4 brek cakera di sekeliling
-
Fungsi auto-cruise
Kekurangan Proton Exora saya
-
Gear CVT bising
-
Pick-up dari posisi pegun ‘slow’ sikit
-
OCH (disarankan untuk periksa atau tukar setiap 30k km) (OCH pernah pecah sekali dan ditukar dengan yang baru dengan part besi, tapi bocor selepas 30k km)
-
Tayar original tak bagus
-
Power steering berat
-
Kamera undur tak jelas pada waktu malam (lampu reverse tak cukup terang)
-
TV belakang hanya boleh memainkan format DVD tertentu dan tiada kemaskini untuk perisiannya.
-
Tempat duduk baris kedua tak boleh gelongsor untuk beri ruang lebih luas pada barisan ketiga apabila diperlukan
-
Bahagian plastik dalam kabin jenis mudah calar
Penilaian Proton Exora saya
Skor Keseluruhan: 4/5
Prestasi: 4/5
Kualiti & Kelengkapan: 3/5
Ruang: 5/5
Keselesaan Perjalanan: 4/5
Penjimatan Minyak: 4/5
Harga & Kos: 5/5
Rumusan
Exora saya jadi kenderaan harapan saya setiap hari, kuasa memotong hebat apabila diperlukan dan saya suka penghawa dinginnya yang sejuk serta ruang kabin yang luas. Saya namakan Exora saya “Big Water Buffalo” haha.
Kisah menarik
Pada suatu hari ketika mengambil anak pulang dari sekolah, OCH Exora saya meletup dan enjin berbunyi seperti enjin kapal. Nasib baik dah dekat dengan rumah (kira-kira 500 m) dan saya berjaya memandunya pulang ke rumah sebelum memanggil kereta tunda untuk bawa Exora saya ke pusat servis.
📢📢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.